You will be be redirected to the blog in a moment...

Or you can click the link below to proceed:
Sesuatu yang memalukan..beranak dan menjual joey

Saat-saat yang menyedihkan adalah 1. apabila melihat begitu banyak iklan di wall facebook tentang menjual sugar glider. Umumnya, sudah leka dengan minda yang tertulis , 'Lepas bela nie, kita biar dia beranak, lepas itu jual, dapatlah untung' Jika ada dalam minda kamu tentang perkara diatas, itu adalah satu sifat yang paling keji. Bukan kerana minat tapi wang semata-mata. Tak kisahlah jika kamu memberi 'makan' suggie dengan makanan yang berkhasiat..(Epal sahaja kan?) Kamu pasti masyarakat umum sudah tahu cara penjagaannya? Satu hari, aku terpaksa menyampuk perbualan seorang gadis dengan penjual binatang di sebuah pusat membeli-belah. Gadis yang agak teruja tadi, menjadi agak lemah bila aku katakan ada banyak perkara terpaksa kita korbankan untuk minat ini. Penjual agak terkejut bila aku senaraikan pemakanan sugar glider "Sugar glider boleh makan ayam rebus?" Diantaranya adalah masa. Bangun tengah malam untuk bermain dan penyediaan makanan untuk sugar glider bukan sesuatu yang harus dipandang enteng.

 

Want to be redirected immediately?
Register yourself at Ping.sg to get rid of this page and also to get your read counted as Pong.