Or you can click the link below to proceed:
Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur menutup tirainya semalam selepas lebih seminggu bertemu pengunjung bermula dari 17 April sehingga 26 April 2009. Pada pendapat saya, masa yang panjang sebegini membolehkan lebih ramai pengunjung hadir dan pada masa yang sama mengurangkan kesesakan jika ianya hanya berlangsung selama 3 hari seperti PC Fair. Saya sempat berkunjung ke PWTC minggu lalu dan mendapati ianya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari para pengunjung.Apa yang menariknya, rata-rata pengunjung adalah berbangsa Melayu. Walaupun saya tidak pasti samada mereka mencari buku berbentuk ilmiah ataupun tidak, sekurang-kurangnya nampak ada kesanggupan di kalangan mereka untuk menjadikan membaca sebagai hobi masa lapang. Lagipun biasanya kalau bukan konsert atau program berbentuk hiburan, sukar untuk melihat orang kita berkumpul dalam jumlah yang begitu ramai.Oleh kerana cuaca agak baik sepanjang 2 minggu lalu, saya lebih gemar menaiki LRT ke PWTC. Ada sebab mengapa saya memilih pengangkutan awam tersebu
Want to be redirected immediately?
Register yourself at Ping.sg to get rid of this page and also to get your read counted as Pong.